Barang Milikan Ron_Weasley

  • Penyapu Shooting Star, penyapu tua dan murah yang lambat (sebenarnya tidak selalu lambat, tetapi disebabkan penyapu tersebut sudah tua, kelajuannya berkurangan).
  • Cleansweep Eleven, yang diberikan sebagai hadiah kerana Ron terpilih sebagai Pengawas. Penyapu ini adalah model terbaru daripada set Cleansweep dan penampilannya dalam pertandingan Quidditch tidak mengecewakan.
  • Satu set Catur Sihir yang merupakan warisan dari abangnya. Ron sangat mahir bermain catur sehingga set ini jatuh ke tangannya.
  • Penghargaan Istimewa untuk Penghormatan kepada Sekolah (yang juga diterima Harry) kerana menemui Bilik Rahsia.
  • Patung mini Viktor Krum, Seeker Bulgaria yang amat terkenal. Ron (antara dengan sengaja atau tidak sengaja) mematahkan tangan patung tersebut kerana cemburu ketika Hermione keluar dengan Viktor Krum.
  • Sebuah tongkat sihir yang dulunya milik Charlie Weasley, mengandungi sehelai bulu unicorn. Ron melekatkan tongkat ini dengan Spellotape setelah hampir putus akibat Ford Anglia yang dipandunya melanggar Dedalu Perkasa. Namun setelah itu, tongkatnya tidak pernah berfungsi sperti biasa. Tongkat ini yang menyebabkan Gilderoy Lockhart hilang ingatan (namun Ron tidak menyesal kerana Lockhart hendak menyerangnya dan Harry).
  • Sebuah tongkat sihir baru – 14 inci, dedalu (sama seperti tongkat Harry) dan mengandungi rambut unicorn.